Make your own free website on Tripod.com
 

 
190.Sebut dua nama ketika akad nikah

Jika seseorang itu mempunyai dua nama, contohnya Nurul @ Siti seperti yang tercatat dalam kad pengenalan, adakah dua-dua nama ini perlu disebut ketika akad nikah atau memadai sekadar menyebut satu nama saja? 
Ingin Tahu,
Terengganu
 

JAWAPAN

Ketika nikah, jika ada dua nama, sebaik-baiknya disebut kedua-dua nama itu. Bagaimanapun, jika disebut satu saja dan nama itu memang menjadi panggilan dan si gadis dikenali dengan nama berkenaan, akad itu tetap sah.

Sebutan nama adalah untuk memastikan gadis dan teruna adalah seperti yang dimaksudkan dan bukan orang lain.
 

 

Balik

Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004