Make your own free website on Tripod.com
 

 
191.Isteri pikat lelaki lain

SAYA sudah berkahwin selama 10 tahun, tetapi masih belum dikurniakan anak kerana isteri saya disahkan tidak subur. Masalah saya ialah isteri saya mempunyai sikap suka meninggi diri, bangga dengan kecantikannya dan membuat hubungan dengan lelaki lain. 
Perkara ini diberitahu oleh kawan baik saya dan ia disahkan sendiri oleh isteri lelaki berkenaan. Malah, isteri saya juga mendapatkan perkhidmatan bomoh untuk memikat lelaki itu.

Apakah yang harus saya lakukan untuk mengubah isteri saya? Saya tidak mahu bercerai kerana kasihan padanya. Wajarkah saya berkahwin lain kerana saya sangat teringin untuk mempunyai anak?

Sedih,
Kelantan
 

JAWAPAN

Anak adalah kurniaan Allah pada sesiapa yang dikehendakinya. Jika yang mandul itu isteri, suami memang ada hak untuk berkahwin jika dia mahukan zuriatnya sendiri.

Besar kemungkinan isteri bersikap tinggi diri sebagai cara untuk menutup kelemahan dirinya atau kerana suami kurang memberi perhatian pada dirinya, sedangkan dia cantik.

Namun, jika sudah sampai curang dengan lelaki lain, suami wajar bertindak menasihati isteri dan tidak membiarkan perkara ini terus berlaku. Jika tidak, dia boleh dianggap dayus.

 

Balik


 
Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004