Make your own free website on Tripod.com
 

 
194.Pinjaman ada bunga riba

KAWAN saya mengenakan faedah rendah kepada kawan yang mahu meminjam duit daripadanya. Hal ini dipersetujui kedua-dua pihak dengan membuat perjanjian bertulis dan faedah dikenakan adalah lima peratus daripada jumlah pinjaman. 
Adakah hal ini dibolehkan dalam Islam, walaupun dipersetujui kedua-dua pihak?

Zam, Tanjung Malim
 
 

JAWAPAN

Pinjaman yang dikenakan kadar bayaran lebih (bunga) atas pinjaman berkenaan adalah riba, walaupun kedua-dua pihak bersetuju. Rendah atau tinggi kadar faedah tidak membezakan hukum riba itu dan ia tetap berdosa.

Bagaimanapun, keadaan ini berbeza jika si sahabat membeli barangan dan kemudian menjualnya dengan harga lebih tinggi.

Jual beli begini dibenarkan dalam Islam dan inilah yang dimaksudkan dalam al-Quran yang menyebut “Allah mengharamkan riba dan menghalalkan jual beli.”
 

 

Balik

Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004