Make your own free website on Tripod.com
 

 
195.Bayar fidyah ganti puasa

SAYA disahkan doktor menghidap gastrik dan oleh itu tidak dapat menggantikan puasa tahun lalu kerana tidak tahan lapar. Seorang kawan memberitahu, jika ditinggalkan terus, saya dikenakan fidyah. Apakah fidyah dan bagaimana caranya untuk saya menggantikan puasa? 
Lina, Johor
 
 

JAWAPAN

Seorang yang sakit tidak diwajibkan berpuasa. Dia cuma perlu membayar fidyah sebanyak secupak beras pada setiap satu hari yang ditinggalkan. Fidyah itu diberikan pada orang miskin dan fakir.

Memadai dengan membayar fidyah, orang sakit tidak perlu mengqada puasanya kerana Islam adalah agama yang mudah dan tidak memberatkan mereka yang tidak mampu.
 

 

Balik

Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004