197.Cara tentukan
arah kiblat
SAYA sering bertugas di luar negara
dan kadangkala saya lupa membawa kompas penentu arah kiblat. Dalam hal
ini, bagaimanakah caranya untuk saya menentukan arah kiblat?
Ingin Tahu, Kuala Lumpur
JAWAPAN
Cara menentukan arah kiblat selain
kompas ialah melalui bertanya orang yang boleh dipercayai atau berijtihad
dengan mengagak melalui matahari, bulan atau bintang atau apa saja yang
boleh membantu.
Jika tersalah pun, solat tetap sah
kerana kita sudah membuat ijtihad atau agakan berdasarkan apa yang kita
tahu.
|