Make your own free website on Tripod.com
 
::Menu
Kelas Iqra
Album Kelas Iqra 1
Album Kelas Iqra 2
Album Kelas Iqra 3
Album Kelas Iqra 4
::Fardu Ain
.Mari Solat
::Laman Al Quran
.Laman Quran 1
.Laman Quran 2
.Laman Quran 3
.Laman Quran 4
.InsyaAllah ditambah
Assalmu'alaikum &
Selamat datang ke Laman Kelas Iqra
Lokasi Pengajian Iqra:
-Surau Al Falah,Kg. Tabah Baru
Nota: Pengajian dihentikan kerana Kg. Tabah Baru terbakar
-Rumah Sdr Patra,Kg. Keramunting Baru
Nota:Pengajian dihentikan kerana rumah sdr Patra juga terbakar
-Rumah 297,Jamb.17,Kg Berhala Darat,Jln Buli Sim-Sim
Nota:Pengajian masih berjalan dan bilangan murid setakat ini sekitar 60-70 orang.Pengajian dijalankan setiap hari kecuali hari Ahad.

Alhamdulillah,semoga Allah memberkati kelas Iqra yang dijalankan.Kelas ini sudah berjalan lebih kurang 2 1/2 tahun.Bermulanya pendidikan Iqra ini dibuat secara dari rumah ke rumah.Ke surau dan masjid,diluar Kg. Berhala Darat.Aktiviti Iqra yang petama sekali berjalan di Surau Kg. Tabah Baru,dengan bilangan murid sekitar 70 orang (termasuk kaum ibu-ibu yg jumlahnya sekitar 12 orang dan ada yg berusia 50 thn).

Kemudian ianya berkembang hingga ke Kg. Karamunting Baru.Kelas diadakan di rumah saudara Patra.Mulanya kelas ini hanya untuk keluarga sdr Patra .Namun setelah diketahui kehadiran kelas ini,mulailah anak-anak sekitar rumah tersebut ingin belajar iqra dirumah tersebut.Maka bertambah ramailah murid-murid belajar iqra terdiri dari sekolah rendah,sekolah menengah dan juga orang dewasa.
Namun setiap perkara yg baik akan ada cubaaannya.Begitulah fitrah manusia dimuka bumi ini.

Pengajian kelas iqra ini telah menerima komplen dari pihak tertentu.
Seterusnya...
 

::Antara aktiviti dalam kelas iqra
Selain belajar Iqra dan Quran...
Diadakan beberapa aktiviti seperti berikut:
Antara aktiviti yang diadakan dalam kelas iqra:
-Menghafaz doa-doa,seperti doa untuk ibubapa,doa khatam quran dll
-Belajar fardu ain,seperti belajar wudhu,solat dan selawat.
-Tiap malam jumaat bagi murid Quran akan dibimbing membaca Yasin
 
::Syarat-syaratnya untuk menyertai kelas Iqra
Syarat belajar
Bagi Murid sama ada anak(sekolah rendah/menengah) adalah seperti berikut:
Tiada sebarang perkaras atau yuran dikenakan.Murid tersebut hendaklah datang bersama dgn ibu atau ayahnya.

Dan syaratnya cukup mudah.Murid-murid akan dihukum sekiranya melakukan kesalahan semasa belajar.Hukumannya ialah cara merotan.Ini adalah untuk mendidik mereka agar menjadi insan yg berakhlak baik.Dan juga mereka akan digalakkan melakukan solat dirumah dan ibubapa kena membantu mereka.

Dan ibu bapa tidak boleh masuk campur sekiranya ada dikalangan anak-anak bergaduh sesama mereka.Dan sebagai ingatan kepada ibubapa bahwa tidak ada sebarang bayaran dikenakan.Dikuatiri anak-anak akan mengambil kesempatan meminta wang dari ibubapa mereka untuk bayar yuran konon.

Sekiranya ibubapa bersetuju dgn syarat-syarat tersebut maka bolehlah belajar dlm kelas Iqra ini.
Harap Maklum
 

::Peristiwa sekitar pengajian kelas Iqra
Seputar kelas Iqra
25/03/2004
Petang tadi satu kejadian amat melucukan tapi juga merisaukan juga bagi kami ahli kelas Iqra.Saya telah dimaklumkan bahwa ada murid baru nak belajar Iqra.Tapi saya bagi tau, dia kena bawa ibubapanya sekali.Tak boleh sendiri2.

Jadi lebih kurang jam 06.05ptg,semasa kelas sedang berjalan,tiba-tiba diluar rumah riuh rendah.Saya sendiri tak tahu apa yg berlaku.Rupa2nya budak yg baru nak join kelas nii telah terjatuh ke bawah.Jatuh dari jambatan.Sebab dia terjatuh ialah kerana dia berlari dan hilang imbangan lantas jatuh ke bawah.(Kampung ini atas laut).Air laut baru habis surut.Muka budak itu habis hitam oleh lumpur laut.Jadi terjunlah 2-3 orang ahli Iqra ke bawah tolong dia nii.

Syukur Alhamdulillah,takde kecederaan yg teruk dialaminya.Budak nii masih kecik lagi.Jam 06.20ptg datang emak budak tuu menghantar anaknya ke rumah untuk belajar Iqra.Emaknya nii tanyakan syarat2nya maka saya nyatakanlah syarat2 seperti diatas tuu.Dah sepakat,saya tanya lagi anak kamu ke yang jatuh tadi tuu?

Ia kata:"Ya".Saya pun bagi tau emak budak tu,"Itula sebabnya ibubapa kena temankan dulu budak tuu pada hari pertama...masuk kelas."Alhamdulillah sekali lagi kerana tak ada apa2 yg serious berlaku.So kita pun sembahyang maghrib berjemaah.
wassalam.
 

 
::Al Kisah
Kerana dia aku mengenal al-Quran..... 
Oleh: zain y.s

Alif.. Ba.. Ta... Adalah antara huruf-huruf yang mula-mula saya dan semua muslim kenal sebagai jembatan untuk membolehkan kita membaca al-Quran. 

Setiap malam selepas maghrib, saya bersama-sama dengan kanak-kanak kampung akan ke rumah guru al-Quran kami. Baik lelaki atau perempuan. 

Guru kami bernama Haji Jairi. Seperti majoriti penduduk kampung lainnya, dia juga berketurunan Jawa. Menurut ceritanya, dia berhijrah dari Batu Pahat. Barangkali ayahnya atau datuknya yang berasal dari Tanah Jawa. 

Dalam perjalanan, suasana jadi hingar dengan suara jeritan dan gurauan kami. Meriah rasanya. Sesampainya di rumah guru berkenaan, suasana bising dan jerit pekik masih belum reda. Selagi belum di marah. Selagi belum dijeling oleh guru kami, maka selagi itulah mulut belum dapat ditutup.

seterusnya
 

Kembali Ke Laman Utama
Foto sekitar kelas Iqra '01

..

Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004