::Istinjak
 

ISTINJAK

S:Apakah yang dikatakan istinjak
J: Istinjak ialah menghilangkan najis yang keluar dari qubul atau dubur dengan air atau batu yang seumpamanya.

• Wajib istinjak dengan air atau dengan batu atau sesuatu yang keras,suci,kesat dan tidak dihormati.
• Lebih utama memulakan istinjak dengan batu kemudian diiringi dengan air.
• Jika istinjak dengan batu atau yang seumpamanya wajib tiga kali dengan tiga ketul,atau dengan tiga bucu dari batu yang satu.Jika tidak,maka wajib beberapa kali yang menyucikan.

Syarat-syarat memadai istinjak dengan batu

1.Jangan kering najis yang keluar
2.Tidak melampaui tempat keluarnya.
3.Tidak didatangi oleh najis yang lain darinya.

• Harus istinjak dengan air sahaja, atau dengan batu sahaja.
• Istinjak dengan air lebih utama dari batu.
• Sunat istinjak dengan tangan kiri.

 

 Balik ke Muka Depan
webmaster©demimasa.cjb.net 2004