Make your own free website on Tripod.com
.
::Menu
Kelas Iqra
Album Kelas Iqra 1
Album Kelas Iqra 2
Album kelas Iqra 3
Album kelas Iqra 4
Album kelas Iqra 5
::Laman Al Quran
.Laman Quran 1
.Laman Quran 2
.Laman Quran 3
.Laman Quran 4
.InsyaAllah ditambah
::Assalmu'alaikum & Selamat datang ke Laman Kelas Iqra
Lokasi Pengajian Iqra:
-Surau Al Falah,Kg. Tabah Baru
[Nota: Pengajian dihentikan kerana Kg. Tabah Baru terbakar]
-Rumah Sdr Patra,Kg. Keramunting Baru
[Nota:Pengajian dihentikan kerana rumah sdr Patra juga terbakar]
-Rumah 297,Jamb.17,Kg Berhala Darat,Jln Buli Sim-Sim
[Nota:Pengajian masih berjalan dan bilangan murid setakat ini sekitar 60-70 orang.Pengajian dijalankan setiap hari kecuali hari Ahad.]

Alhamdulillah,semoga Allah memberkati kelas Iqra yang dijalankan.Kelas ini sudah berjalan lebih kurang 2 1/2 tahun.Bermulanya pendidikan Iqra ini dibuat secara dari rumah ke rumah.Ke surau dan masjid,diluar Kg. Berhala Darat.Aktiviti Iqra yang petama sekali berjalan di Surau Kg. Tabah Baru,dengan bilangan murid sekitar 70 orang (termasuk kaum ibu-ibu yg jumlahnya sekitar 12 orang dan ada yg berusia 50 thn).

Kemudian ianya berkembang hingga ke Kg. Karamunting Baru.Kelas diadakan di rumah saudara Patra.Mulanya kelas ini hanya untuk keluarga sdr Patra .Namun setelah diketahui kehadiran kelas ini,mulailah anak-anak sekitar rumah tersebut ingin belajar iqra dirumah tersebut.Maka bertambah ramailah murid-murid belajar iqra terdiri dari sekolah rendah,sekolah menengah dan juga orang dewasa.
Namun setiap perkara yg baik akan ada cubaaannya.Begitulah fitrah manusia dimuka bumi ini.

Pengajian kelas iqra ini telah menerima komplen dari pihak tertentu.Saya telah dipanggil oleh Penyelia Guru KAPA,Bahagian Bandar : Beliau telah memaklumkan saya bahwa beliau telah menerima aduan daripada beberapa orang kampung mengenai pengajian Iqra yg telah saya jalankan.Maka beliau terpaksa memanggil saya untuk mendapatkan maklumat sebenarnya.
Saya pun menceritakan bagaimana pengajian ini bermula.Setelah beliau mendengar keterangan saya.Beliau amat berpuas hati dan menyarankan agar saya memohon temuduga Guru KAFA.

Saya menolak cadangan beliau,saya ikhlas mengajar, semata-mata kerana Allah ta'ala.Itupun kalau dibenarkan oleh pihak berkuasa.Beliau telah membenarkan saya dan berjanji akan mengeluarkan surat kebenaran kepada saya.Masalah disini selesai....

Berbalik di Surau Al Falah...saya telah dijemput oleh orang kampung tersebut untuk mengajar Iqra dan fardhu Ain.Pertama pengajian ini dibuat di rumah salah seorang ahli kampung tersebut.Dan ianya telah dirasmikan oleh Ketua Kampung tersebut.Sesudah 3kali pengajian berjalan,maka saya pun cadangkan agar pengajian ini dibuat di Surau kampung.Setelah pengajian berjalan seminggu,saya telah menerima panggilan telefon darivseseorang mengarahkan saya supaya tidak datang mengajar sebab tiada kebenaran.Pada hari yg sepatutnya pengajian berjalan saya tidak datang ke surau.Namun para-para ibu yg ada mengikut pengajian iqra telah menelefon kepada saya,bertanya kenapa saya tidak datang mengajar.Saya pun memberitahu bahawa saya telah dilarang untuk mengajar disana.

Pada keesokan harinya saya telah dihubungi untuk datang ke surau tersebut kerana wakil dari Jaheins akan turut datang untuk memaklumkan kepada kampung tersebut yg saya dibenarkan mengajar di surau tersebut.Alhamdulillah...maka pengajian Iqra dan fardu ain dapat disambung semula.

Sehingga lebih kurang 8 bulankemudian berlakunya kebakaran yang telah memusnahkan surau kampung,dan berpuluh rumah habis dijilat api.Maka sehinggalah kehari ini pengajian itu belum lagi diteruskan.....
 
 

Balik semula...

Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004