.
Sirah: Umat digalak khatam al-Quran dua kali setahun

UMAT Islam tidak boleh meninggalkan pembacaan al-Quran dalam sebahagian waktu, sebaliknya semakin banyak kitab itu dibaca, maka hal itu akan semakin baik.

Rasulullah saw bersabda bermaksud: “Sebaik-baik manusia ialah orang yang datang, lalu pergi lagi. Ia adalah orang yang mengkhatamkan al-Quran dan memulakannya sejak awal hingga akhirnya. Setiap kali selesai, ia mulai lagi membacanya.”

Digalakkan pembaca al-Quran khatam bacaannya dua kali dalam setahun jika tidak sanggup menambahnya.

Diriwayatkan oleh Ziyad dari Abu Hanifah bahawa dia berkata: “Siapa yang membaca (mengkhatamkan) al-Quran dalam setahun dua kali, maka ia telah menunaikan haknya. Kerana Rasulullah membacanya kepada Jibril di tahun Baginda wafat sebanyak dua kali.”

Anas bin Malik meriwayatkan, Rasulullah bersabda: “Padahal umat ditunjukkan kepadaku meskipun kotoran debu yang dikeluarkan manusia dari masjid. Namun, aku tidak melihat pahala yang lebih besar daripada membaca al-Quran. Dan dosa-dosa umatku ditunjukkan kepadaku. Maka aku tidak melihat dosa yang lebih besar daripada orang yang melupakan ayat atau surah yang dihafalnya.”

Abdurrahman As-Salami meriwayatkan daripada Utsman bin Affan bahawa Rasulullah bersabda: “Sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain.”

Abu Abdurrahman berkata: “Itulah yang menyebabkan aku duduk di sini, yakni untuk mengajar orang-orang.”

Zun Nun memasuki sebuah masjid dan melihat seorang lelaki membaca: “Dan Tuhan memberikan kepada mereka minuman yang bersih.” (Surah Al-Insaan, ayat 21) 

Ia baca ayat itu berulang kali dan menghisap bibirnya seakan meminum sesuatu. 

“Hai orang ini, apakah engkau minum atau membaca?” tanya Zun Nun.

“Hai Bathal, sungguh merasakan kelazatan dan kemanisan daripada bacaannya seperti yang aku rasakan ketika meminum apa yang kubaca,” kata orang itu kepada Zun Nun.

Dalam khabar disebutkan bahawa Israfil mempunyai irama suara yang indah dan apabila membaca al-Quran, malaikat menghentikan solatnya.

Nabi Daud juga memiliki suara yang indah sehingga jika ia membaca Zabur, nescaya air menjadi beku, burung tertahan di udara, haiwan serta binatang buas tertahan di bumi dan binatang buas menyusup di antara kambing-kambing.

Tatkala nampak kekeliruan itu daripadanya, lenyaplah keindahan suaranya.

“Ya Rabb, apa yang engkau lakukan dengan suaraku?” Kata Israfil.

“Engkau taati Kami, maka Kami mentaatimu. Engkau durhakai kami, maka Kami menangguhkanmu. Andai kata engkau lakukan seperti dulu, tentulah Kami menerimamu,” friman Allah kepada Israfil.

Disebut dalam khabar bahawa pada hari Kiamat, Israfil dan Daud, sama-sama disuruh membaca.

“Ya Rabb, suaraku.” Kata Daud.

“Suaramu dikembalikan kepadamu,” Jawab Allah. Maka dikembalikan suaranya kepadanya.

Kemudian bidadari mengeraskan suara mereka dari kamar dan terdengar suara merdu yang belum pernah terdengar seperti itu. Kemudian Allah bertanya: “Apakah kalian mendengar suara-suara merdu?” Kemudian tabir disingkapkan, lalu Tuhan berkata kepada mereka. “Salaamun alaikum.” Itulah makna firman Allah: “Dan salam penghormatan mereka ialah: “Salam.” (Surah Yunus, ayat 10) 

Pengajaran itu ada tiga, pertama, pengajaran tanpa imbalan, yang kedua ialah mengajar dengan upah, dan yang ketiga ialah mengajar tanpa syarat.

Apabila diberi hadiah, maka ia boleh menerimanya. Apabila mengajar kerana mengharap pahala, maka ia diberi pahala dan amalnya adalah amal Nabi.

Apabila mengajar dengan mendapat upah, ulama berselisih pendapat kerana sahabat terdahulu mengatakan bahawa tidak boleh mengambil upah untuk itu sebagaimana sabda Rasulullah: “Sampaikan dariku walaupun satu ayat.”

Maka Rasulullah mewajibkan penyampaian ayat kepada umatnya sebagaimana Allah mewajibkan Rasulullah. Oleh kerana Rasulullah tidak boleh mengambil upah, maka umatnya juga tidak boleh mengambil upah.

Sesetengah ulama kebelakangan ini membolehkan perkara itu, antaranya adalah Isham bin Yusuf, Nasyir bin Yahya dan Abi Nasyir bin Salam.

Maka yang lebih utama bagi pengajar adalah memberi upah dengan mengajarkan hafalan, pengajaran huruf hija' dan menulis.

Pendapat ketiga menyatakan, andai kata ia mengajar tanpa syarat dan diberi hadiah, maka ia boleh menerima hadiah kerana Rasulullah mengajar dan menerima hadiah.

Diriwayatkan oleh Abul Mutawakkil An-Naaji dari Abi Said Al-Khudri bahawa sahabat Rasulullah ikut berperang dalam suatu peperangan. Mereka singgah di suatu suku Arab. Orang-orang bertanya: “Apakah di antara kalian ada orang yang sanggup mengubati, kerana pemimpin suku telah disengat kala jengking?”

Kemudian seorang lelaki mengubatinya dengan bacaan al-Fatihah hingga sembuh. Maka ia diberi sejumlah kambing, namun ia menolaknya. Kemudian ditanyakan hal itu kepada Rasulullah.

“Dengan apa engkau mengubatinya?” tanya Rasulullah.

“Dengan al-Fatihah,” jawab lelaki itu.

“Bagaimana engkau tahu bahawa itu ruq-yah (bacaan penangkal)?” tanya Rasulullah. “Ambillah kambing-kambing itu dan berilah aku bahagian!” kata Nabi. Ini bererti boleh menerima hadiah.

Sebahagian ulama tidak menyukai pemberian titik-titik dan tanda-tanda pada musyaf.

Pendapat Abu Hanifah, hujahnya ialah khabar yang diriwayatkan dari Abdullah bin Mas'ud bahawa ia berkata: “Kosongkanlah al-Quran dan jangan menulis sesuatu di dalamnya bersama Kalamullah dan jangan memberinya tanda. Hiasilah dia dengan suara yang terbaik dan bacalah sesuai dengan i'rabnya, kerana ia berbahasa Arab.”

Bagaimanapun, tidaklah mengapa pemberian titik dan tanda kerana Muslimin mewarisinya turun-temurun, maka mereka memerlukannya, terutama bagi orang yang bukan Arab.

Rasulullah bersabda: “Al-Quran itu pengadu yang dipercayai dan juru syafaat yang diterima syafaatnya.”

Orang yang junub dan wanita haid tidak boleh membaca al-Quran dan tidak boleh menyentuh musyhaf, kecuali pada sampulnya. Jika berhadas, ia boleh membaca al-Quran tetapi tidak boleh menyentuh musyhaf kecuali pada sampulnya.

Dalilnya ialah firman Allah yang bermaksud: “Tidaklah menyentuhnya, kecuali orang-orang yang suci.”

Rasulullah bersabda: “Tidaklah menyentuh al-Quran, kecuali seorang yang suci.”

Dibolehkan bagi seseorang membaca Al-Quran meskipun tanpa wuduk seperti diriwayatkan dari Ali bin Abi Talib bahawa Rasulullah membaca al-Quran sesudah Baginda keluar dari tempat buang air dan tidak terhalang oleh sesuatu apa pun kecuali janabah.

Dianjurkan baginya berwuduk dan tidak ada masalah bila orang yang junub dan wanita yang haid membaca kurang dari satu ayat.

Andai kata wanita itu seorang pengajar, lalu haid dan ingin mengajar anak-anak, ia hendaklah mengajarkan setengah ayat. Kemudian ia diam, kemudian ia ajarkan setengah ayat dan tidak mengajarkan satu ayat penuh sekali gus.

Orang yang junub dan wanita haid tidak boleh memasuki masjid. Tidaklah mengapa orang yang berhadas kecil memasuki masjid, membaca tasbih dan tahlil serta doa-doa kerana yang tidak boleh adalah membaca Al-Quran.
 

::Balik::
 

Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004