104.Bayar puasa untuk ayah

TAHUN lalu ayah saya meninggal selepas hari raya. Sepanjang Ramadan, beliau tidak berpuasa kerana sakit dan tidak sempat menggantikannya. Adakah kami (anak-anak) perlu mengqadakan untuk beliau?

Adakah boleh jumlah puasa itu dibahagi-bahagikan antara anak-anak, contohnya ada tiga anak dan seorang berpuasa 10 hari?

MA
Kelantan

JAWAPAN
Orang yang sakit dan uzur tidak wajib berpuasa. Ayah yang sakit juga tidak perlu berpuasa dan cukuplah jika anak-anak dapat membayar fidyah untuknya, iaitu secupak beras pada setiap hari yang tertinggal.

Namun, jika anak-anak berpakat mahu mengqadakan bagi pihak ayah (sama ada dilakukan serentak atau tidak) juga diharuskan hukumnya.
 

Balik

Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004