106.Ibu suka maki
hamun
IBU saya suka memaki hamun kami adik
beradik, walaupun di depan saudara mara dan jiran tetangga.
Semakin tua, sikap pemarahnya makin
menjadi-jadi dan pantang baginya jika anak-anak memberikan pendapat kami.
Ini menyebabkan kami berasa malu.
Kadangkala saya pernah bertanya kepada
diri sendiri, mengapa saya mempunyai ibu sebegitu? Adakah saya berdosa
kerana berfikiran sedemikian?
Apakah yang harus saya lakukan untuk
melembutkan hati ibu?
Rina,
Kota Tinggi, Johor
JAWAPAN
Jika memang sudah ditakdirkan ibu
berperangai demikian, sebagai anak hendaklah kita menerimanya dengan sabar
kerana bukan senang untuk mengubah perangai seseorang.
Allah menghantar ibu yang begitu
untuk menguji kesabaran anak-anak. Jika dia marah, biarkanlah saja dan
elakkan sama sekali daripada menimbulkan suasana yang boleh menyebabkan
dia marah. Itu lebih baik dari bertengkar dengannya dan menyesali keadaan.
|