107.Hormat ibu tiri kerana bapa

Perlukah seseorang menghormati dan menyayangi ibu tiri seperti ibu sendiri? Adakah ibu tiri sama tarafnya dengan ibu sendiri? Bagaimana pula jika anak tidak menghormati ibu tiri, adakah si ibu masih perlu bersabar dan melayan anak tirinya dengan baik?

Ha,
Kuala Kangsar

JAWAPAN
Sememangnya tidak mudah menjadi ibu tiri yang diterima anak-anak, apatah lagi jika mereka sudah besar. Ibu tiri tidak sama seperti ibu sendiri kerana dia bukan ibu yang melahirkan anak-anak, tetapi dia adalah isteri kepada bapa.

Jika anak-anak tidak dapat menerima dia sebagai pengganti ibu, hormatilah dia supaya bapa tidak terasa hati. Sebagai ibu tiri pula, mestilah banyak bersabar dan melayan anak tirinya kerana menghormati suami dan anak itu adalah anak suaminya.
 

Balik

Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004