110.Jual beli mesti patuh syarat

SYARIKAT tempat saya bekerja menawarkan saham untuk pekerjanya pada harga lebih murah daripada harga pasaran sebagai imbuhan kepada kami.

Masalahnya, syarikat ini tidak termasuk dalam senarai syarikat yang berasaskan Islam sepenuhnya.

Apakah hukum daripada wang yang diperolehi daripada urus niaga jual beli saham berkenaan?

RAGU-RAGU
Shah Alam

JAWAPAN
Apa saja jual beli mesti mematuhi beberapa syarat seperti halal, tiada unsur menzalimi mana-mana pihak serta mendapat keredaan pembeli-penjual.

Sama ada saham syarikat tuan bekerja tersenarai atau tidak sebagai syarikat berasaskan Islam sepenuhnya bukan ukuran, tetapi cara perniagaannya yang perlu diperhatikan.

Jika cara perniagaan (urus niaga jual beli saham) halal dan mematuhi syarat, wang itu halal digunakan.
 

Balik

Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004