116.Haram jatuh talak masa haid

SAYA pernah terbaca bahawa haram suami menjatuhkan talak ketika isterinya sedang haid. 

Soalan saya, adakah talak yang dilafazkan itu tidak sah dan adakah ia perlu diulang selepas isteri suci? 

Adakah waktu tertentu yang tidak dibolehkan suami melafazkan talak terhadap isteri? Jika ada, boleh Datuk senaraikan?

Shahrul,
Muar

JAWAPAN
Perbuatan menjatuhkan talak pada isteri yang sedang haid adalah haram kerana ia memudaratkan isteri dari segi edahnya.

Edah menjadi lebih panjang kerana isteri terpaksa menunggu tiga kali lagi suci. 

Walaupun begitu, talak itu adalah sah. Haram suami menceraikan isteri ketika haid atau mengandung.
 
 
 
 

Balik

Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004