118.Susu ibu wajib
diberi kepada anak
IBU saya sudah lama meninggal dunia.
Sepanjang hayatnya, saya selalu melakukan perkara yang menaikkan kemarahan
ibu dan dia juga sering berkata ‘tidak menghalalkan air susu jika tahu
ada anak seperti ini’.
Ini menyebabkan saya selalu berasa
bersalah. Apakah yang perlu saya lakukan? Adakah jika ibu mengharamkan
air susunya, di akhirat nanti saya tidak dapat berjumpa dengannya?
RAMLAH
Seberang Prai
JAWAPAN
MELAKUKAN perkara yang boleh menaikkan
marah ibu memang berdosa, tetapi ibu tiada hak mengharamkan air susunya
kerana air susu adalah hak anak yang wajib diberikan kepada anak.
Ini kerana air susu cuma ada selepas
seseorang wanita itu mengandung dan melahirkan anak.
Jadi, soal ibu tidak menghalalkan
pemberian air susunya kepada mana-mana
anak tidak timbul.
|