124.Enggan jadi wali kerana salah faham

SAYA ada anak saudara perempuan (anak abang) yang sudah bercerai lima tahun lalu dan mempunyai anak. Baru-baru ini, dia datang ke rumah dan meminta saya menjadi walinya.

Sebenarnya dia ada abang dan adik lelaki, tetapi kerana berselisih faham, mereka enggan mewalikan beliau.

Naib kadi di daerahnya juga enggan menjadi wali hakim kepada anak saudara saya atas alasan dia masih ada wali waris. Bimbang berlaku maksiat, saya bersetuju menjadi walinya. Adakah pernikahan mereka sah? Jika tidak, apa harus dilakukan? Apakah hukumnya tindakan saya yang menurut kehendak mereka tanpa memberitahu pernikahan itu kepada saudaranya?

Mon,
Kota Tinggi

JAWAPAN
Bapa saudara sebelah bapa hanya boleh menjadi wali setelah wali waris yang selayaknya engkar (enggan) atau menarik diri, iaitu jika bapa, saudara-maranya dan wali hakim menarik diri.

Namun, sebaik-baiknya keengkaran mereka mestilah disahkan terlebih dulu sebelum orang lain dilantik menjadi wali.
 
 
 
 

Balik

Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004