125.Boleh lawat kubur agama lain

SAYA pernah terbaca bahawa orang Islam dilarang menziarahi kubur orang bukan Islam. Apakah sebabnya diturunkan larangan berkenaan?
Bagaimana pula halnya dengan saya sebagai saudara baru?
Adakah saya juga dilarang menziarahi kubur ibu bapa sendiri yang berlainan agama?

Nur,
Kulim

JAWAPAN
Agama Islam adalah agama yang bertoleransi dengan agama lain. Islam juga tidak melarang umatnya melawat kubur agama lain. Apatah lagi dalam hal saudara melawat kubur ibu bapa, ia tidak dilarang dalam agama.

Apa yang dilarang adalah menyertai atau melakukan upacara pengebumian mengikut agama asal ibu dan bapa.
 
 
 
 
 

Balik

Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004