133.Ingin tahu petunjuk solat istikharah

BAGAIMANAKAH untuk kita mengetahui kita diberikan petunjuk oleh Allah selepas menunaikan sembahyang istikharah?

Sebelum berkahwin, kawan saya yakin dengan pilihannya (selepas tiga kali menunaikan solat istikharah) tetapi kini dia menyesal kerana dirasakan sudah silap membuat pilihan.

Boleh Datuk terangkan hal ini?

LINN,
Bentong, Pahang

JAWAPAN

Petunjuk solat istikharah boleh datang melalui mimpi atau kecenderungan hati saja kepada pilihan tertentu atau dipermudahkan tuhan mana-mana pilihan yang baik.

Jika sudah istikharah dan berkahwin, terimalah itu sebagai qada dan qadar tuhan serta ketentuanNya.

Menyesal bukan tindakan bijak, tetapi usahakanlah mencari penyelesaian baik dan menerima bahawa manusia hanya merancang dan tuhan yang menentukannya.
 
 

 

Balik

Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004