135.Suami lafaz talak
bersyarat
SAYA pernah bertengkar dengan suami
dan ketika itu dia berkata, ‘Kalau awak buat, saya ceraikan awak’. Kerana
terlalu marah, saya melakukan perkara yang dilarangnya tetapi ketika itu
tiada saksi, selain anak kami berusia tiga dan satu tahun.
Sejam selepas itu, kami menyesal
dan berbaik semula. Kami merujuk hal ini kepada seorang rakan dan katanya,
kami masih boleh meneruskan kehidupan suami isteri seperti biasa. Soalannya,
adakah kami masih sah suami isteri? Apakah yang perlu kami lakukan?
Ragu-ragu, Johor
JAWAPAN
Apa yang dilafazkan oleh suami ialah
talak bersyarat, iaitu akan jatuh talak dengan syarat yang diletakkan.
Apabila puan melanggar syarat itu, jatuhlah talak satu, tetapi nampaknya
puan dan suami berbaik-baik ketika masih dalam edah. Oleh itu, perhubungan
suami isteri adalah sah.
Cuma sekarang, suami isteri perlu
berhati-hati kerana ada dua kali lagi peluang bersama kerana sudah jatuh
satu talak dan tinggal dua kali saja. Menurut undang-undang negara kita
pula, cerai talak satu dan rujuk ini mesti didaftar bagi mengelak berlaku
kecelaruan pada masa akan datang.
|