136.Amalan hidup tentukan syurga, neraka

APAKAH seseorang yang tidak mengucap kalimah syahadah ketika saat akhir hayatnya tidak akan masuk syurga? Bagaimana pula halnya bagi mereka yang meninggal dunia ketika kemalangan?

Zahim, Seberang Prai, Pulau Pinang

JAWAPAN

Masuk syurga atau neraka adalah hak mutlak Allah s.w.t untuk menentukan siapa layak atau tidak layak. Sebagai hambaNya, kita dituntut mengharap rahmatNya saja, tetapi tiada siapa boleh mengatakan di dunia ini dia ahli syurga di akhirat esok, kecuali golongan anbia dan sahabat yang diberi berita gembira dengan syurga pada mereka.

Bagaimanapun, ada hadis mengatakan barang siapa yang kalimah terakhirnya ialah shahadah, petandanya ialah kematian yang baik.

Mereka yang tidak sempat mengucap atau mati dalam kemalangan nasibnya ditentukan oleh amalan semasa hidup, bukan sekadar akhir kematiannya saja.
 
 
 

 

Balik


 
Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004