137.Suntikan botox dibenarkan

SAYA sering membaca mengenai suntikan botox untuk menegang dan mencantikkan kulit seperti diamalkan sesetengah selebriti terkenal. Adakah ia dibenarkan dalam Islam? Adakah tindakan ini sama seperti pemakaian susuk?

Ingin tahu, Kuala Lumpur

JAWAPAN

Suntikan botox ialah satu penemuan kaedah untuk melambatkan proses penuaan, di mana sejenis ubat dimasukkan ke bawah kulit. Proses ini tidak menyalahi syariah kerana ia untuk satu waktu sementara saja tanpa mengubah kejadian Allah yang lain.

Berlainan dengan susuk kerana ia bersifat kekal dan bukan untuk melambatkan proses penuaan. 

Pemakai susuk akan kekal kelihatan cantik dan mencegah daripada berlaku proses penuaan.
 
 
 

 

Balik

Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004