138.Penerima zakat
wang simpanan
SOALAN
SAYA mempunyai wang simpanan yang
wajib dikeluarkan zakat. Bolehkah wang itu saya salurkan kepada penerima
seperti ahli keluarga yang miskin (termasuk dalam golongan asnaf) dan sakit
tanpa melalui pusat zakat atau kepada orang tua yang miskin serta imam
masjid yang tidak mempunyai pendapatan tetap?
Ingin Tahu,
Taman Keramat, Kuala Lumpur
JAWAPAN
Zakat wang simpanan boleh diberikan
terus kepada golongan asnaf, walaupun ada kaitan keluarga, jika dia layak,
kecuali zakat bapa tidak boleh diberikan kepada anak atau cucu dan seterusnya
atau zakat anak kepada bapa atau nenek misalnya.
Orang tua atau imam bukan asnaf,
tetapi jika dia menepati syarat iaitu imam yang miskin atau orang tua yang
tiada pendapatan, dia layak menerimanya. Sesetengah orang memberikan zakat
melalui pusat zakat kerana ia memudahkan.
Ada pula yang memilih untuk memberi
terus pada asnaf supaya puas hatinya.
|