139.Waktu afdal ziarah kubur

SOALAN
ADAKAH orang yang meninggal dunia tahu kita menziarahi pusaranya? Bilakah waktu paling afdal untuk menziarahi pusara? Apakah hikmah di sebalik menyiram air dan menabur bunga di atas kubur?

Wan,
Johor

JAWAPAN

Ada hadis mengesahkan orang yang mati tahu siapa menziarahi pusaranya, iaitu hadis yang bermaksud “Tiada seorang muslim yang melalui kuburan temannya yang dikenali di dunia lalu dia memberi salam, melainkan Allah akan mengembalikan roh simati dalam kuburan untuk menjawab salamnya.”

Waktu paling afdal untuk menziarahi kubur ialah hari Jumaat dan hikmah di sebalik menyiram dan meletakkan tumbuhan atas kuburan ialah, selagi tumbuhan itu masih basah, ia bertasbih pada Allah dan akan meringankan azab kubur.
 
 
 
 

Balik


 
Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004