143.Cari jodoh perlu ikhtiar

SAYA menyintai seorang gadis, malangnya cinta saya tidak berbalas. Oleh itu, saya selalu berdoa dan menunaikan solat hajat supaya hati gadis itu terbuka untuk menerima saya. Adakah cara saya dibolehkan? Adakah ini juga dikira berikhtiar? Adakah boleh saya menyerahkan kepada takdir saja dalam menentukan soal jodoh ini?

Zam, Bandar Baru Bangi
 

JAWAPAN

Berdoa kepada Allah untuk memenuhi satu-satu hajat sangat digalakkan, apalagi dalam masalah berkaitan dengan hati, tidak banyak yang boleh diikhtiarkan bila berkaitan hati.

Berdoa supaya hatinya dibuka Allah adalah satu ikhtiar yang sangat terpuji.

Cuma kita perlu redha menerima ketentuanNya, jika dia terbuka hatinya sampailah hajat, jika tidak anggaplah bahawa Allah lebih mengetahui mana yang baik untuk saudara.

Baik dalam soal jodoh atau perkara lain dalam hidup, sebagai manusia kita harus berusaha mencarinya dan tidak boleh berserah semata-mata, tetapi boleh bertawakal setelah berikhtiar kerana tuhan tidak akan mengubah nasib kita, kecuali setelah kita sendiri mengubahnya.
 
 

 

Balik


 
Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004