146.Pembantu rumah perlu samak diri

SAYA adalah pembantu rumah beragama Islam dari seberang dan bekerja dengan majikan bukan Islam.

Masalah saya ialah, setiap hari saya terpaksa memasak daging babi.

Bagaimanakah saya boleh menyucikan diri? Adakah ia perlu dilakukan setiap kali selepas memasak?

Saya diugut akan dihantar pulang ke agensi pembantu rumah jika enggan dan kami mungkin kehilangan kerja.

SITI
Petaling Jaya

JAWAPAN

Saya dapat katakan di sini yang saudari dalam keadaan darurat kerana tiada pilihan lain, melainkan terpaksa taat pada kemahuan majikan yang bukan Islam.

Pastikan bila selesai kerja, saudari menyamak diri dengan sekali air tanah dan enam kali air biasa sebagai langkah membersihkan diri.

Buatlah sekadar yang termampu kerana sesungguhnya Tuhan tidak mewajibkan sesuatu, kecuali yang termampu.
 
 
 
 

Balik


 
Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004