147.Tiada istilah
bawa bala dalam Islam
TIGA tahun lalu saya berkawan dengan
seorang pemuda, malangnya dia meninggal dunia kerana kemalangan.
Kemudian saya berkenalan dengan pemuda
lain dan perkara sama berlaku lagi.
Ini menyebabkan sesetengah orang
berkata jodoh saya tersekat dan menyuruh saya mandi bunga untuk tolak bala.
Adakah ia benar? Apakah pandangan
Islam mengenai hal ini dan apakah yang perlu saya lakukan?
SUE,
Kuala Terengganu
JAWAPAN
Seorang manusia dilahirkan bersih.
Dia tidak membawa bala atau sial pada orang lain.
Apa yang berlaku adalah secara kebetulan,
sepertimana yang pernah berlaku pada Atikah binti Zaid Bin Amri Bin Hufail
Alqurasyiah, di mana sesiapa yang mendekati dan berkahwin dengannya akan
menemui maut. Dia berkahwin empat kali dan keempat-empat suaminya menemui
maut setelah kahwin.
Suami terakhirnya ialah al Husain
bin Ali, cucunda Nabi yang juga mati setelah mengahwininya. Orang di zamannya
pernah berkata, siapa yang inginkan mati shahid, pergilah berkahwin dengan
Atikah.
Namun, usah rasa bimbang kerana tiada
yang tidak kena dengan saudari. Terimalah ini sebagai takdir dan redalah
dengan ketentuan Allah.
|