154.Isteri tipu enggan layan suami

ADAKAH berdosa seorang isteri mengatakan dia dalam haid sedangkan dia sebenarnya suci, kerana tidak mahu melayan suaminya atas sebab tertentu?

Apakah sebab yang membolehkan seseorang isteri menolak kemahuan suami?

JAN, Terengganu

JAWAPAN

Berdosa seorang isteri membohongi suaminya yang dia dalam haid sedangkan hakikatnya dia suci, semata-mata mahu mengelak daripada disetubuhi suami.

Hak suami atas isteri ialah ‘bersama-sama’ dengannya, kecuali jika isteri dalam haid atau tidak sihat.

Jika ada alasan lain, sebaik-baiknya memaklumkan secara baik pada suami yang dia belum bersedia lagi malam ini, tetapi bukanlah dengan cara berbohong.
 
 
 

Balik


 
Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004