155.Anak luar nikah jadi cercaan

SAYA mempunyai seorang anak angkat perempuan (anak luar nikah). Malangnya, status anak ini menyebabkan masyarakat memandang rendah kepada kami dan sering melemparkan kata-kata penghinaan.

Walaupun masih kecil, tetapi dia sudah tahu kedudukannya dalam keluarga saya dan boleh menerima hakikat sebenar.

Masalahnya, kata-kata cercaan daripada masyarakat menyebabkan anak saya sering bersedih dan murung.

Apakah yang boleh saya lakukan? Saya tidak mahu statusnya mengganggu pelajarannya.

IBU, Taiping, Perak 

JAWAPAN

Masih ramai dalam masyarakat belum boleh menerima kehadiran anak luar nikah, sedangkan hakikatnya mereka tidak bersalah dan yang bersalah itu adalah ibu bapa mereka.

Sukar untuk puan menyekat masyarakat membuka mulut, tetapi puan boleh selalu bercakap dengannya supaya dia mempunyai semangat kuat dan yakin pada diri sendiri.

Katakan padanya, dia tidak bersalah dalam hal ini kerana dia dilahirkan suci dan kasih sayang puan terhadapnya tetap sama seperti anak sendiri.

Adanya ibu seperti puan yang sanggup bersamanya untuk menghadapi apa saja akan menjadi satu kekuatan padanya menghadapi hari depan.
 
 
 

Balik


 
Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004