163.Haid tidak teratur

SAYA menghadapi masalah haid tidak teratur dan kadangkala tidak berhenti selama sebulan (berhenti dua atau tiga hari dan kemudian datang lagi).

Bagaimanakah caranya hendak mengira bilangan hari haid saya?

Bagaimana pula untuk menentukan bilangan hari untuk mengqada puasa?

RUNSING, Pulau Pinang

JAWAPAN

Mereka yang mengalami pusingan haid tidak teratur hendaklah mengira tempoh maksimumnya. Cara pengiraannya, jika tidak berhenti sebulan, iaitu 15 hari dikira haid dan 15 hari lagi kira suci walaupun masih ada darah.

Anggaplah darah ketika 15 hari suci itu darah penyakit atau istihadah. Tampal faraj dan lakukan amalan ibadat seperti solat dan puasa seperti biasa.
 

 

Balik

Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004