166.Menang wang main Internet

SAYA sering menyertai pertandingan (berbentuk permainan) di Internet dan baru-baru ini memenangi hadiah lumayan.

Soalan saya, apakah hukumnya wang ini dan adakah ia boleh digunakan?

Adakah ia sama seperti loteri? Benarkah wang yang bukan diperolehi daripada hasil titik peluh kita adalah haram?

HAMBA ALLAH,
Johor

JAWAPAN

Tidak salah menyertai pertandingan yang harus seperti teka kata atau permainan dan wang hasilnya harus dimakan. Ia termasuk dalam usaha juga kerana menggunakan kepandaian yang ada.

Berbeza dengan loteri, tiada usaha dikeluarkan, sebaliknya hanya bergantung kepada nasib, membuang masa dan membazirkan wang dan tidak termasuk hasil titik peluh.
 

 

Balik

Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004