167.Adab mandi wajib

APAKAH adab ketika mandi wajib? Adakah ia boleh dilakukan ketika mandi setiap hari?

AIN,
Simpang Pulai, Ipoh

JAWAPAN

Mandi wajib atau mandi hadas besar tidak sama seperti mandi biasa setiap hari dari segi niat dan rukun.

Mandi wajib mesti dengan niat dan meratakan air ke seluruh tubuh.

Adab mandi wajib pula ialah memulakan dengan mencuci kedua-dua tangan seperti berwuduk kemudian mencuci faraj, barulah diratakan air ke seluruh tubuh. 

Sunat juga menggunakan air bidara sewaktu mandi dan meletakkan bauan selepas selesai mandi.
 

 

Balik

Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004