168.Sedih kerana buat syirik

SAYA pernah menonton rancangan agama di televisyen mengenai perkara yang boleh mendatangkan syirik.

Masalahnya, saya juga pernah melakukan beberapa perkara yang disebut oleh penceramah agama berkenaan. Mengenang dosa yang pernah dilakukan, saya berasa sangat sedih dan lemah semangat.

Apakah yang perlu saya buat sekarang?

AM,
Kuala Lumpur

JAWAPAN

Syirik termasuk dosa-dosa besar. Jika pernah melakukannya, hendaklah segera berhenti dan kemudian memohon ampun dari Allah dengan bertaubat.

Mengenang dosa dan rasa sedih atas dosa lama yang dilakukan adalah petanda baik kerana ada kesedaran dan menyesal atas dosa berkenaan. Ia adalah permulaan taubat kepada Allah.
 

 

Balik

Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004