170.Suami tiada hak pukul isteri

KES penderaan isteri banyak membabitkan pasangan Islam. Apakah hukumnya suami memukul dan mendera isteri? Bagaimana pula halnya jika suami memukul isteri yang tidak sembahyang?

INGIN TAHU,
Perak

JAWAPAN

Meninggalkan sembahyang adalah berdosa besar, tetapi ia bukan lesen untuk suami memukul isteri, apatah lagi sehingga mendera. Suami perlu bertindak sebagai pendidik dan bertanggungjawab memimpin isteri supaya mendekati Allah.

Walaupun isteri adalah hak suami, tetapi mereka tiada hak untuk memukul dan mencederakan isteri.

Malah, menampar isteri juga tidak dibenarkan dalam Islam.

Memukul kerana tidak sembahyang hanya dibolehkan kepada bapa mendidik anak berumur 10 tahun.

Pukulan yang dibenarkan ke atas isteri adalah supaya mereka takutkan Allah. Itupun terhad dan tidak dibenarkan sehingga mencedera atau merosakkan anggotanya, terutama muka.

Didiklah isteri dengan sabar. Memukul hanya akan membuat mereka berasa benci dan bertambah jauh daripada mengingati Allah.
 

 

Balik

Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004