171.Mungkir janji sehidup semati

APAKAH orang yang berjanji sehidup semati tetapi tidak dapat menunaikan janjinya dikira berdosa? Adakah mereka juga dianggap tergolong orang munafik?

KIN,
Bandar Kinrara

JAWAPAN

Berjanji sehidup semati di kalangan pasangan kekasih adalah sesuatu yang lumrah.

Namun, soal hidup, mati dan jodoh adalah ketentuan Allah. Mereka yang berjanji sehidup semati tetapi kemudian berpisah atas sebab tertentu tidak dikatakan memungkiri janji kerana ia di luar kawalan manusia.

Sama halnya bagi orang yang bercinta. Tidak salah jika memungkiri janji hendak bertemu, apatah lagi jika tidak ditemani mahram, kerana ia boleh mendekatkan diri dengan maksiat. Malah, ada pendapat mengatakan wajib memungkiri temu janji dengan teman lelaki.

Namun, jika kita berjanji hendak melakukan sesuatu pekerjaan dan tidak menunaikannya apabila sampai waktu, ia dikira bersalah.

Memungkiri janji adalah berdosa. Seandainya ia menjadi amalan hidup seseorang, individu itu dikira memiliki sifat munafik.
 

 

Balik

Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004