173.Hilang pahala ungkit bantuan

APAKAH hukumnya ayah dan ibu yang suka mengungkit dan selalu berkata mereka menyesal membesar dan menyekolahkan anak-anak?

Tindakan ini sedikit sebanyak membuatkan anak berasakan mereka tidak disayangi.

SHAH,
Kuala Selangor

JAWAPAN

Biar siapa pun, perbuatan mengungkit kembali pengorbanan dan kebajikan yang dilakukan adalah dilarang. Ia sangat dibenci Allah kerana boleh menyebabkan terhapusnya pahala di atas pengorbanan dan kebajikan tadi.

Anak adalah amanah Allah; ibu bapa bertanggungjawab dan wajib memelihara serta membesarkan amanah yang diberikan kepada mereka.

Mengungkit kembali tugas membesarkan anak akan menghapuskan pahala yang dimiliki selama ini.

Ia juga menandakan mereka tidak ikhlas memelihara anak. 

Sebagai anak, cuba cari punca mengapa mereka bertindak begitu. Mungkin ada salah faham atau ketidakpuasan hati orang tua yang boleh diselesaikan secara baik.
 

 

Balik

Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004