175.Boleh cerai jika
suami zalim
SAYA sering membaca masalah isteri
malang yang dipukul suami atau suami tidak pernah menunaikan sembahyang.
Saya juga mengalami nasib sama; sering
dimaki hamun dan dipukul apabila menasihati suami supaya bersembahyang.
Apa yang membuatkan saya tidak tahan
adalah, dia selalu memukul dan memaki saya di depan anak-anak.
Dalam keadaan bagaimanakah isteri
boleh menuntut cerai kerana saya tahu meminta cerai itu berdosa.
HAMBA ALLAH,
Semenanjung
JAWAPAN
Ada disebutkan dalam hadis, isteri
yang menuntut cerai tidak akan mencium bau syurga.
Bagaimanapun, dalam keadaan tertentu
isteri boleh menuntut cerai iaitu apabila rumah tangga yang dibina tidak
bahagia; suami menzalimi isteri sama ada memukul, mendera atau tidak memberi
nafkah; suami menghidap penyakit kelamin yang boleh membahayakan nyawa
isteri serta suami tidak beriman dan banyak melakukan dosa.
Namun, lebih baik jika suami isteri
dapat berunding dan berpisah secara aman. Banyakkan berdoa kepada Allah,
minta supaya dibukakan hati suami untuk berubah.
Jika suami masih enggan, isteri boleh
menuntut cerai secara tebus talak dengan membawa kes ini ke mahkamah.
Namun, jika dapat berdamai dan berubah
adalah lebih baik kerana perceraian adalah perkara halal yang dibenci Allah.
|