183.Isteri boleh tuntut
cerai jika tiada nafkah
BERDOSAKAH jika seorang suami tidak
memberi nafkah kepada anak-anak dan isteri seperti mereka yang dipenjarakan?
Bagaimana caranya dia hendak menebus
kesilapannya kepada anak-anak dan isteri?
ISTERI MUSYKIL, Kuala Lipis
JAWAPAN
Suami bertanggungjawab memberi nafkah
kepada keluarganya. Jika dia ada dalam penjara, isteri ada hak menuntut
cerai kerana dia gagal menunaikan tanggungjawabnya.
Bagaimanapun, jika suami sudah insaf,
ingin bertaubat dan mahu menebus kesilapannya, dia mesti membayar semula
semua nafkah yang tertunggak selama dia dipenjarakan, kecuali jika isteri
meredakan semua perbelanjaan.
Sebagai tanda dia benar-benar bertaubat,
suami hendaklah memperbanyakkan amalan baik sebagai menebus amalan buruk
yang dilakukannya.
|