185.Hukum gaji hidang arak

APAKAH hukumnya gaji orang yang bekerja menghidangkan arak kepada pelanggan? Apakah kesannya terhadap seseorang jika menggunakan wang itu untuk makan minum dan perbelanjaan keluarganya?

Was-was, Pulau Pinang

JAWAPAN

Dalam satu hadis, Rasulullah s.a.w ada bersabda yang maksudnya: “Mereka yang berdosa berkaitan arak ini termasuk yang menghidangkannya kerana dia dikira bersubahat dengan arak.”

Ini bermakna, jika anda berkerja atas pilihan sendiri, gaji yang diterima boleh dianggap sama hukumnya dengan menjual arak.

Bagaimanapun, jika sebagai orang gaji yang dipaksa tanpa rela, walaupun sedar tindakan itu dosa namun tiada upaya mengubahnya, tetapkan dalam hati rasa ingkar terhadap perbuatan berkenaan. Banyakkanlah memohon ampun dari Allah, moga-moga doa kita akan diampunkanNya.
 

 

Balik

Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004