186.Berzina ketika
remaja
KETIKA remaja, saya pernah melakukan
maksiat dan zina. Kini saya insaf dan sangat menyesal. Bagaimanakah caranya
untuk saya bertaubat?
Insaf, Arau, Perlis
JAWAPAN
Hadis ada menyebut bahawa manusia
yang terbaik bukan yang tidak pernah melakukan dosa kerana manusia itu
bersifat lemah, tetapi apabila dia berdosa dia segera ingat dan bertaubat
daripada dosanya.
Insaf dan menyesal adalah langkah
pertama taubat. Langkah kedua ialah berhenti dengan niat dan tekad mahu
bersungguh-sungguh tidak mengulangi dosa berkenaan sehingga mengingatinya
pun boleh menimbulkan rasa takut.
Langkah ketiga adalah memperbanyakkan
kebajikan sebagai menebus dosa-dosa, dan yang terakhir yakinlah bahawa
Allah sentiasa menerima taubat hambaNya.
|