189.Bapa jadi wali
anak luar nikah
Beberapa bulan selepas bernikah,
ada saudara memberitahu, pernikahan saya tidak sah. Selepas disoal selidik,
baru saya ketahui saya anak luar nikah yang diwalikan bapa. Ibu bapa saya
marah kerana mahu merahsiakan perkara ini.
Apakah yang harus saya lakukan?
Adakah hubungan kami suami isteri dianggap zina? Adakah perkara ini perlu
dirahsiakan daripada keluarga mentua? Jika mengandung, adakah anak itu
juga dikira anak luar nikah?
Malang,
Kuala Lumpur
JAWAPAN
Dalam hal ini, hubungan suami isteri
ini bukan zina, tetapi shubhah saja. Selidiklah dulu, jika puan dilahirkan
selepas enam bulan atau lebih emak dan bapa berkahwin, perkahwinan puan
itu sah, walaupun puan anak luar nikah.
Sebaliknya, jika kurang, ikhtiarkan
supaya puan dan suami diakad semula. Untuk mengelakkan tohmahan tidak baik,
biarlah hal ini diselesaikan sesama keluarga puan saja tanpa perlu membabitkan
saudara mara atau keluarga mentua.
Untuk mendapatkan kepastian ini,
berdepanlah dengan ibu bapa secara baik dan terangkan mengapa perlunya
puan tahu kedudukan sebenar.
Elakkan berlaku pertelingkahan antara
puan dan ibu bapa kerana ia hanya akan memburukkan keadaan.
|