191.Isteri pikat lelaki
lain
SAYA sudah berkahwin selama 10 tahun,
tetapi masih belum dikurniakan anak kerana isteri saya disahkan tidak subur.
Masalah saya ialah isteri saya mempunyai sikap suka meninggi diri, bangga
dengan kecantikannya dan membuat hubungan dengan lelaki lain.
Perkara ini diberitahu oleh kawan
baik saya dan ia disahkan sendiri oleh isteri lelaki berkenaan. Malah,
isteri saya juga mendapatkan perkhidmatan bomoh untuk memikat lelaki itu.
Apakah yang harus saya lakukan untuk
mengubah isteri saya? Saya tidak mahu bercerai kerana kasihan padanya.
Wajarkah saya berkahwin lain kerana saya sangat teringin untuk mempunyai
anak?
Sedih,
Kelantan
JAWAPAN
Anak adalah kurniaan Allah pada sesiapa
yang dikehendakinya. Jika yang mandul itu isteri, suami memang ada hak
untuk berkahwin jika dia mahukan zuriatnya sendiri.
Besar kemungkinan isteri bersikap
tinggi diri sebagai cara untuk menutup kelemahan dirinya atau kerana suami
kurang memberi perhatian pada dirinya, sedangkan dia cantik.
Namun, jika sudah sampai curang dengan
lelaki lain, suami wajar bertindak menasihati isteri dan tidak membiarkan
perkara ini terus berlaku. Jika tidak, dia boleh dianggap dayus.
|