192.Jaga akhlak ketika hamil

BENARKAH kepercayaan yang mengatakan, ketika isteri mengandung, semua ahli keluarga (termasuk isteri sendiri) perlu menjaga tingkah laku dan tutur kata untuk mengelakkan kenan atau kecelakaan. Jika tidak, ia dipercayai boleh memudaratkan kandungan atau anak yang bakal lahir. Apa pandangan Islam mengenai hal ini? 
Suami Musykil
Kuantan
 

JAWAPAN

Tiada hadis atau ayat al-Quran yang menyebut secara khusus berkenaan kenan, tetapi Islam ada mengatakan mengenai wanita mengandung yang perlu memelihara dirinya dengan baik dan adab suami ketika isterinya mengandung.

Ini kerana ketika itulah pembentukan anak berlaku dalam rahim. Moga-moga perkara yang baik itu sedikit sebanyak akan tumpah pada anak kerana janin akan dapat terkesan dengan emosi ibu bapa, akhlak mereka dan keadaan sekeliling.

Justeru itu, suami isteri serta semua ahli keluarga digalakkan memelihara tingkah laku dan akhlak ketika mengandung, bahkan selepas mengandung.
 

 

Balik

Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004