200.Isteri boleh tebus talak

SAYA dan suami tidak tinggal sebumbung sejak hampir setahun lalu. Dalam tempoh itu, suami tidak pernah beri nafkah. Selepas bertengkar, saya keluar dari rumah dengan membawa semua barang dan berkata, jika dia jatuhkan talak, saya akan bayar RM2,000. 
Namun ketika itu dia tidak mahu duit, hanya ingin berpisah. Masalahnya, sekarang dia menuntut wang sebelum melafazkan talak. Saya ingin tahu, adakah perpisahan kami dikira bercerai? Adakah saya masih perlu membayar wang itu?

Musykil, Ampang

JAWAPAN

Tindakan isteri meninggalkan suami selepas bertengkar, sedangkan suami belum menceraikannya, adalah salah. Jika ini dikira nusyuz, suami memang tak perlu membayar nafkah setelah peristiwa ini.

Jika suami isteri bercerai dalam keadaan biasa, isteri tidak perlu membayar apa-apa, kecuali jika isteri ingin membeli cerai itu atau disebut ‘tebus talak’.

Namun selepas tebus talak, suami dan isteri tidak boleh rujuk kembali. Sah perceraian jika suami setuju dengan harga RM2,000 itu untuk tebus talak sebagai syarat melepaskan isterinya atau syarat talak itu atas permintaan isteri, yang mana jumlah itu mestilah diserahkan isteri.
 

 

Balik

Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004