BAHAGIAN AIR
S: Ada berapa bahagian air dan apakah
pengertian setiap satu darinya?
J: Air terbahagi kepada empat:
-
Air yang suci lagi menyucikan,tidak
makruh menggunakannya,iaitu air mutlak.
-
Air yang suci lagi menyucikan,makruh
menggunakannya iaitu air yang terjemur dipanas matahari.
-
Air yang suci tidak menyucikan, iaitu
air yang mustakmal dan air yang berubah dengan sesuatu yang suci.
-
Air mutanajis,iaitu yang jatuh ke dalam
najis (huraian akan datang).
Air Mutlak
Air mutlak ialah air yang disambut
dengan tidak berqaid dengan sesuatu,iaitu tujuh jenis air.
1.Air hujan
2.Air laut
3.Air sungai
4.Air Telaga
5.Air mata air
7.Air salji
• Apabila cukup sukatan atau timbangan
air itu dua kolah maka ia tidak menjadi najis oleh sesuatu melainkan apabila
berubah warnanya atau rasanya atau baunya.
• Air yang kurang dari dua kolah
menjadi najis apabila jatuh najis ke dalamnya jikalau tidak berubah warna,bau
atau rasanya sekalipun.
Qaid pada air itu dua bahagian
1. Qaid lazim,iaitu qaid yang tidak
bercerai.Apabila disebutkan air nescaya disebut akan dia; seperti air tawar,
air tebu,air kopi.
2. Qaid Terurai, iaitu qaid yang
bercerai,yang tidak lazim bagi air, seperti air hujan,air sungai,air perigi,maka
ini semua adalah mutlak.
Air Mustakmal
Air mustakmal ialah air kurang dari
kolah yang telah digunakan bagi mengangkat hadas seperti air yang telah
digunakan pada menghilangkan najis.
Jika dihimpunkan air yang mustakmal
sehingga sampai dua kolah maka ia menjadi suci dan menyucikan.
Air yang Berubah:
Air yang berubah yang tidak menyucikan
ialah yang berubah dengan sesuatu yang asing yang suci yang bercampur dengannya,seperti
kayu gaharu atau cendana,akan sebagai berubah yang hilang nama semata-mata
air sehingga berkehendakkan kepada qaid ketika menyebutnya seperti air
cendana, air gaharu.
• Tidak mengapa berubah sedikit
• Dan tidak mengapa berubah kerana
lama bertakung ,dan berubah dengan sebab tanah dan tumbuh-tumbuhan air.
• Tidak mengapa berubah kerana sesuatu
yang berdamping atau berhampiran (mujawir).
Air yang terjemur pada panas matahari
Ialah air yang terjemur pada panas
matahari pada negeri yang tersangat panas hawanya, didalam bekas yang lain
dari emas dan perak.
Makruh menggunakan air yang terjemur
itu pada badan,seperti bersuci ,dan makruh pada makan dan minum.
Tidak makruh pada pembasuh pakaian
dan sebagainya,dan tidak makruh jika air itu sudah menjadi sejuk.
Air mutanajis
Air mutanajis ialah air yang jatuh
najis ke dalamnya serta berubah rasa atau bau atau warna dan jika sampai
kadar dua kolah sekalipun.Ataupun air yang tidak sampai dua kolah yang
jatuh ke dalamnya najis dan tidak berubah rasanya atau baunya atau warnanya
sekalipun.
• Tidak jadi najis benda yang cair
jatuh ke dalamnya bangkai binatang yang tidak mempunyai darah yang mengalir
seperti bangkai lalat,semut dan sebagainya.
• Maksud jatuh itu ialah jatuh dengan
sendirinya.
Sukatan dan timbangan dua kolah
S:Berapakah sukatan air dua kolah?
J:Sukatan dua kolah itu bersamaan
dengan 13 tin minyak tanah yang biasa dan jika dinilai dari sudut timbangan
ialah lima ratus kati Baghdad bersamaan lebih kurang 317 kati minyak tanah.
Ukuran bekas air yang bersamaan
dia kolah
• Jika bekas itu bulat maka ukuran
tinggi 2 ½ hasta dan ukuran lebar bulatannya satu hasta.
• Jika bekas empat persegi maka
ukuran tinggi 1 ¼ hasta dan ukuran lebar tiap-tiap segi itu 1 ¼
hasta juga.