Bahagian-bahagian najis:
S: Berapakah bahgian najis?
J: Najis terbahagi kepada tiga bahagian
iaitu:
1.Najis Mukhaffafah
Najis mukhaffafah ialah kencing kanak-kanak
lelaki yang belum sampai umurnya dua tahun yang tiada makan sesuatu selain
dari susu(susu yang dicampur gula atau tepung itu hukumnya seperti yang
selain dari susu).
2.Najis Mughallazah
Najis mughallazah ialah anjing dan
babi dan keturunan dari keduanya atau salah satu dari keduanya.
3.Najis Mutawasitah
Najis mutawasitah adalah najis selain
dari najis mukhaffafah dan najis mukhalazah iaitu:
• Setiap yang cecair yang memabukkan
• Bangkai selain dari mayat manusia,ikan
dan belalang,darah,nanah,muntah tahi dan kencing.
• Susu binatang yang tidak dimakan
dagingnya melainkan susu manusia.
• Bahagian anggota yang bercerai
dari barang yang hidup itu hukumnya seperti bangkai.
CARA-CARA MENYUCI NAJIS
S: Bagaimana cara bersuci daripada
najis tersebut?
J: Cara untuk menyucikan najis ialah:
1.Najis Mukhaffafah
Memadai dengan menyucikan sesuatu
dari najis mukhaffafah itu dengan dipercikan air yang meratai akannya dengan
tidak disyaratkan mengalir air,setelah dihilangkan ainnya.
2.Najis Mughallazah
Bagi menyucikan sesuatu dari najis
mughallazah itu ialah dengan dibasuh tujuh kali.Sekali darinya dengan air
tanah,iaitu air yang dicampur dengan tanah yang suci.
Jika tidak hilang najis itu sehingga
beberapa kali maka dikira sekali sahaja,maka hendaklah ditambah enam kali
lagi.
3.Najis Mutawasitah
Bagi menyucikan sesuatu dari najis
mutawasitah itu wajiblah dihilangkan rasanya, warnanya dan baunya.(Dan
tidak dimaafkan jika tinggal warnanya atau baunya).Tidak mengapa jika tinggal
warna atau baunya yang payah hilang.
Dan tidak ada baginya rasa,warna
dan bau memadailah mengalirkan air pada tempat yang terkena najis itu.
Hukum arak yang jadi cuka
Apabila arak atau tuak itu menjadi
cuka dengan sendirinya, maka suci hukumnya, dan sucilah juga bekasnya.