.
Pintar Jawi: Mengeja perkataan ‘kefahaman’ dulu dan sekarang

KATA dasar perkataan ‘kefahaman’ ialah ‘faham’ yang dieja fa-Ha-mim, berasal dari bahasa Arab. Perkataan ‘faham’ boleh menerima imbuhan, iaitu awalan ke dan akhiran an dalam contoh di atas. 

Mengikut kaedah ejaan jawi lama (ejaan Za’ba), perkataan yang menerima akhiran an akan menerima perubahan dengan menerima sisipan alif bagi suku kata ke atas terbuka atau tertutup yang tidak mempunyai huruf saksi alif, tetapi berbunyi ke atas.

Misalnya, perkataan faham + an menjadi fahaman. Perkataan fahaman dieja fa-Ha-alif-mim-nun, yakni huruf alif disisipkan pada suku kata kedua. Kefahaman dieja kaf-fa-Ha-alif-mim-nun.

Dalam ejaan jawi baru (ejaan Dewan), pembentukan kata berimbuhan, ejaan kata dasar dikekalkan. Ejaan fa-Ha-mim dikekalkan dengan menambahkan huruf nun sahaja untuk membentuk akhiran an itu, fa-Ha-mim-nun.

Contoh perkataan lain ialah seperti amal (amalan), tetap (ketetapan), bincang (perbincangan) dan panjang (berpanjangan). Berbeza dengan ejaan lama yang menyisipkan huruf saksi alif pada suku kata kedua bagi kata dasar perkataan itu.

::Balik::
 

Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004