::Menu
Ke Laman Utama
Diari Kelas Iqra
Senarai Nama Pelajar
Album Kelas Iqra 2002-2004
Album kelas Iqra 2004-2006
Ujian baca doa
Masjid Kecil Al Furqan
Nasyid
Foto Sana Sini
.
::Fardu Ain
1.Jenis air
2.Jenis najis
3.Istinjak
4.Belajar wudhu
  [Rajah cara wudhu]
5.Mari Solat
  [Rajah solat subuh]
  [Rajah solat maghrib]
  [Rajah solat zohor.asar &
  Isyak]
  [Surah Al-Fatihah dll]
  [Bacaan tahiyyat]
6.Doa Harian 1
7.Doa Harian 2
8.Doa Harian 3
9.Doa Harian 4
10.Doa Harian 5
::Portal Menarik
QUMP
Belajar Al-Quran secara online
JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
e-FATWA
Rujukan Rasmi Fatwa di Malaysia

 

::Portal Menarik
Soal jawab JAKIM
Sumber feqh AL-AHKAM
Belajar Bahasa Arab

.

::Laman Al Quran

.Laman Quran 1
.Laman Quran 2
.
:: Web SPSB

Sabah Ports Sdn Bhd
Assalmu'alaikum &
Selamat datang ke Laman Kelas Iqra
Selamat datang ke web kelas iqra, Jambatan 17,Kg. Berhala Darat/Kg. Melayu Bumiputera.2 tahun (sejak dari 2004) saya tidak kemaskini web ini.Alhamdulillah dgn izin Allah Subhanahu Wa Taala akhirnya dapat juga saya teruskan untuk mengemaskinikan web kelas iqra ini.Almaklum kerana tugasan pun semakin bertambah,tanggungjawab selaku Pengerusi Masjid Kecil Al-Furqan yg perlu diurus tadbir.Walaupun tiada tabung,sedikit sebanyak saya dan AJK masjid kecil(surau) dapat juga menggantikan speaker masjid, Papan Tanda Nama Masjid(signage), lampu yg pecah dsb(Sila pergi ke ruangan Masjid Kecil Al Furqan kat menu sebelah utk citer sepenuhnya)Tambahan lagi mengurus Kelas Iqra di rumah.Murid semakin ramai.Dan juga perubahan suasana kerja di Pejabat dari Era Kerajaan kepada cara kerja Swasta yg lebih mencabar.Dari Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah ke SABAH PORTS SDN BHD.Pengarah Urusannya Ialah Yang Berhormat Datuk Haji Abu Bakar @ Wahab Haji Abas.Dan saya berbanyak terima kasih kepada Pihak Pengurusan SABAH PORTS SDN BHD(SPSB) kerana membantu kos perubatan arwah ibu saya,sekali lagi saya ucap terima kasih banyak-banyak.Namun sejauh mana usaha manusia Allah jua yg lebih berkuasa.
Ibu telah kembali ke rahmatullah pada 07/02/2006 (Selasa).Dan dikebumikan di Kg. Cenderawasih,Jalan Ganang,dekat dgn simpang Highway ke Putatan.Semoga Allah mencucuri rahmat keatas Allahyarhamah...wassalam
webmasterEmel saya: joehan1@streamyx.com
update : 10/03/2006
 
 

Untuk makluman interface baru dan url baru ini ialah www.joehan.net
::
Alhamdulillah...
Baru selesai saya siapkan koleksi ke-2
soaljawab Dato Dr Masitah Hj Ibrahim...
Ianya mengambil masa lebih kurang seminggu nak buat koleksi tersebut.
Semoga anda berpuashati dengan ruangan koleksi soaljawab ini.

KOleksi Pertama 001-100

KOleksi Kedua 100-200

::
::
Lokasi Pengajian Iqra:
-Surau Al Falah,Kg. Tabah Baru
Nota: Pengajian dihentikan kerana Kg. Tabah Baru terbakar
-Rumah Sdr Patra,Kg. Keramunting Baru
Nota:Pengajian dihentikan kerana rumah sdr Patra juga terbakar
-Rumah 297,Jamb.17,Kg Berhala Darat,Jln Buli Sim-Sim
Nota:Pengajian masih berjalan dan bilangan murid setakat ini sekitar 60-70 orang.Pengajian dijalankan setiap hari kecuali hari Ahad.

Baca lagi...
 

::
Syarat belajar
Bagi Murid sama ada anak(sekolah rendah/menengah) adalah seperti berikut:
Tiada sebarang perkaras atau yuran dikenakan.Murid tersebut hendaklah datang bersama dgn ibu atau ayahnya.

Dan syaratnya cukup mudah.Murid-murid akan dihukum sekiranya melakukan kesalahan semasa belajar.Hukumannya ialah cara merotan.Ini adalah untuk mendidik mereka agar menjadi insan yg berakhlak baik.Dan juga mereka akan digalakkan melakukan solat dirumah dan ibubapa kena membantu mereka.

Dan ibu bapa tidak boleh masuk campur sekiranya ada dikalangan anak-anak bergaduh sesama mereka.Dan sebagai ingatan kepada ibubapa bahwa tidak ada sebarang bayaran dikenakan.Dikuatiri anak-anak akan mengambil kesempatan meminta wang dari ibubapa mereka untuk bayar yuran konon.

Sekiranya ibubapa bersetuju dgn syarat-syarat tersebut maka bolehlah belajar dlm kelas Iqra ini.

Harap Maklum
 

::
Guru ke Makkah hasil jual tebu

SEORANG guru di utara tanah air sudah lama bercita-cita untuk menunaikan ibadat haji. Dia berusia 45 tahun. Bagaimanapun, dia mempunyai lapan anak yang masih belajar dan isteri yang tidak bekerja. Selain itu, dia turut menjaga seorang ibu yang sudah tua. Guru sekolah rendah ini boleh dikatakan ‘kaki masjid’.

Walaupun hajatnya besar tetapi kerana ada halangan kewangan, dia belum mampu ke Makkah. Guru itu selalu mencari idea untuk menambah pendapatan tambahan, tanpa mengabaikan tugasnya sebagai guru yang dedikasi di sekolah.

Suatu hari sekembalinya dari sekolah, dia singgah di sebuah warung menjual air tebu. Penjual itu menegurnya sebagai seorang haji kerana memakai serban tanpa topi keledar. Bagaimanapun guru itu menjelaskan, dia belum ke Makkah kerana simpanannya belum cukup, walaupun keinginannya cukup besar.

Seterusnya...
 

::
Kerana dia aku mengenal al-Quran..... 
Oleh: zain y.s

Alif.. Ba.. Ta... Adalah antara huruf-huruf yang mula-mula saya dan semua muslim kenal sebagai jembatan untuk membolehkan kita membaca al-Quran. 

Setiap malam selepas maghrib, saya bersama-sama dengan kanak-kanak kampung akan ke rumah guru al-Quran kami. Baik lelaki atau perempuan. 

Guru kami bernama Haji Jairi. Seperti majoriti penduduk kampung lainnya, dia juga berketurunan Jawa. Menurut ceritanya, dia berhijrah dari Batu Pahat. Barangkali ayahnya atau datuknya yang berasal dari Tanah Jawa.

Dalam perjalanan, suasana jadi hingar dengan suara jeritan dan gurauan kami. Meriah rasanya. Sesampainya di rumah guru berkenaan, suasana bising dan jerit pekik masih belum reda. Selagi belum di marah. Selagi belum dijeling oleh guru kami, maka selagi itulah mulut belum dapat ditutup.

seterusnya
 

::
Selain belajar Iqra dan Quran...
Diadakan beberapa aktiviti seperti berikut:
Antara aktiviti yang diadakan dalam kelas iqra:
-Menghafaz doa-doa,seperti doa untuk ibubapa,doa khatam quran dll
-Belajar fardu ain,seperti belajar wudhu,solat dan selawat.
-Tiap malam jumaat bagi murid Quran akan dibimbing membaca Yasin
::
Seputar kelas Iqra
25/03/2004
Petang tadi satu kejadian amat melucukan tapi juga merisaukan juga bagi kami ahli kelas Iqra.Saya telah dimaklumkan bahwa ada murid baru nak belajar Iqra.Tapi saya bagi tau, dia kena bawa ibubapanya sekali.Tak boleh sendiri2.

Jadi lebih kurang jam 06.05ptg,semasa kelas sedang berjalan,tiba-tiba diluar rumah riuh rendah.Saya sendiri tak tahu apa yg berlaku.Rupa2nya budak yg baru nak join kelas nii telah terjatuh ke bawah.Jatuh dari jambatan.Sebab dia terjatuh ialah kerana dia berlari dan hilang imbangan lantas jatuh ke bawah.(Kampung ini atas laut).Air laut baru habis surut.Muka budak itu habis hitam oleh lumpur laut.Jadi terjunlah 2-3 orang ahli Iqra ke bawah tolong dia nii.

Syukur Alhamdulillah,takde kecederaan yg teruk dialaminya.Budak nii masih kecik lagi.Jam 06.20ptg datang emak budak tuu menghantar anaknya ke rumah untuk belajar Iqra.Emaknya nii tanyakan syarat2nya maka saya nyatakanlah syarat2 seperti diatas tuu.Dah sepakat,saya tanya lagi anak kamu ke yang jatuh tadi tuu?

Ia kata:"Ya".Saya pun bagi tau emak budak tu,"Itula sebabnya ibubapa kena temankan dulu budak tuu pada hari pertama...masuk kelas."Alhamdulillah sekali lagi kerana tak ada apa2 yg serious berlaku.So kita pun sembahyang maghrib berjemaah.

wassalam.
 

::
Pintar Jawi
1.Mengeja perkataan ‘kefahaman’ dulu dan sekarang
2.IBBM pusat pengajian jawi antarabangsa
3.Program jawi rancak di Selangor
4.Sudah sampai masa terbit buku jawi
5.Program jawi babitkan pelajar sains, teknik dan vokasional
6.Penggunaan huruf ta dan tho
7.
::
Takwil Quran
1.Menyelami tujuan manusia dilahirkan ke dunia
2.Di sebalik pemilihan manusia jadi khalifah
3.Manusia sekadar pengembara di dunia
4.Wahyu bersifat sangat murni, tiada mengandungi cacat cela
5.Benarkah Al-Quran yg ada masih asli?
6.Seluruh kehidupan adalah ibadah
7.
::
Sirah
1.Nuruddin gagalkan cubaan ceroboh makam Rasulullah
2.Umat digalak khatam al-Quran dua kali setahun
3.Panduan dapatkan manfaat ilmu pengetahuan
4.Sahabat rela syahid demi kasihkan Rasulullah
4.Muaz kalangan 6 orang pengumpul al-Quran
5.
6.
::
Minda Jumaat
1.Sunnah berfungsi sebagai pentafsir kepada al-Quran
2.
3.
::
Iqra
1.Maklumat mengenai Cina Muslim di 14 negara
2.
 
::
Kembali Ke Laman Utama
Terkini
Galeri kelas Iqra
Lokasi Pengajian kelas Iqra

Aktiviti malam jumaat

Nurul Hidayah

Nur Ihsan

Kursus saudara baru

Ahli Kelas Iqra Bernasyid

Majlis bertahlil

Dunia sana sini

Profil Ustaz Jalidar

Hakcipta © joehan.cjb.net  2000-2006